Tuesday, November 25, 2014

SYOKNYA NIKAH~Kursus SMART START Diwajibkan kepada Semua Bakal Pengantin

Kursus 'Smart Start' yang selama ini dihadiri secara sukarela akan diwajibkan bagi semua pasangan dari semua kaum yang ingin berkahwin, sebelum akhir tahun depan.
    
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian kini dalam proses perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan institusi keagamaan lain, bagi mewajibkan kursus ini.
    
Kursus itu bertujuan mencegah berlakunya perceraian, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 'Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2014' di ibunegara semalam.
"Modul ini telah dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak Mei 2003 untuk semua kaum bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang baru berkahwin atau yang akan berkahwin," katanya.
    
"Kementerian yakin dengan adanya kursus ini masalah rumah tangga dapat dikurangkan," tambahnya.
   
Rohani berkata kursus itu memberi fokus kepada pelbagai aspek perkahwinan dan keibubapaan, selain memberi sokongan psikososial kepada pasangan bagi menempuh alam perkahwinan dan rumah tangga agar lebih sejahtera.
    
Beliau juga berkata rekod polis menunjukkan 3,673 kes keganasan rumah tangga dilaporkan sepanjang tahun ini, meningkat 43.6 peratus berbanding 2,558 kes pada tahun lepas.
    
"Ini menunjukkan meningkatnya tahap kesedaran wanita untuk tampil melaporkan keganasan rumah tangga yang dialami," katanya.
- Bernama

Monday, January 27, 2014

SYOKNYA NIKAH ~ Apa Soalan Temuduga Perkahwinan???

Salam bicara .....

Antara yang menjadi debaran dan teka teki ialah berkenaan sesi temuduga yang perlu dilalui @ wajib bagi pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan di negeri Pulau Pinang. Apa yang nak ditanya dan boleh ke aku nak jawab,nak ingat semua ni. Admin sertakan soalan-soalan yang terdapat dalam senarai soalan yang akan ditanya seperti dilampirkan ketika kita mengambil borang kahwin.

Bolehlah kalian yang berura-ura nak kahwin nanti prepair awal sikit. Yang hati kering mungkin tak kisah tapi yang mempunyai sifat malu sikit mungkin timbul malu seandainya tidak dapat menjawab. Ya la, dah nak jadi suami, benda asas Fardhu ain pon tak lepas, camne nak jadi Ketua Keluarga membawa ke Jannah. Ye tak?

Oh ya, satu lagi ...tak semestinya soalan yang ditanya berdasarkan list ni semata. Pengalaman Admin sendiri ada soalan lain yang berkaitan keagamaan ditanya. So ready2 la sama la..Lagipon Islam amalan hidup, bukan sekadar kepercayaan,Insha Allah jika kita sering laksanakan dalam kehidupan, tiada maslaah kita menjawabnya
  1. Bacaam Istighfar
  2. Mengucap Dua Kalimah Syahadah Berserta Maknanya
  3. Bacaan Surah Al-Fatihah
  4. Bacaan Tahiyat
  5. Selawat
  6. Niat Hadas Besar/Mandi Wajib
  7. Rukun Nikah
  8. Rukun Solat
  9. Rukun Iman
  10. Rukun Islam
  11. Fardhu Wudhu
  12. Perkara Yang Membatalkan Solat
  13. Perkara Yang Membatalkan Wudhu
  14. Apa Itu Haid?
  15. Tempoh Minimum & Maksimum Haid
  16. Pantang Larang Ketika Haid
  17. Tempoh Minimum & Maksimum Nifas
  18. Perkara-Perkara Yang Diharamkan Ketika Berhadas Kecil
  19. Perkara-Perkara Yang Diharamkan Ketika Berhadas Besar
  20. Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Hadas Kecil
  21. Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Hadas Besar
  22. Waktu Diharamkan Bersetubuh
  23. Kumpulan-Kumpulan Najis Dan Cara Menyucikan
  24. Kumpulan-Kumpulan Air
  25. Taggungjawab Suami
  26. Taggungjawab Isteri
  27. Taggungjawab Kepada Anak-Anak
  28. Bacaan Dalam Solat
  29. Perkara Yang Membatalkan Wudhu
  30. Talak
  31. Eddah
  32. Sekiranya berlaku masalah keluarga, apakah tindakan anda?
Nanti admin akan post jawapan2 yang berkaitan soalan untuk panduan ok :)

Wassalam

SYOKNYA NIKAH ~ e-MUNAKAHAT : Aplikasi Nikah Cerai Ruju' Pulau Pinang

http://emunakahat.penang.gov.my/perkahwinan?e=permohonan
 
 
BERITA gembira untuk mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan di Pulau Pinang.
Kalian boleh membuat semakan prosedur perkahwinan secara atas talian (online) di laman e-Munakahat. Laman web ini merupakan maklumat lengkap yang diperlukan oleh bakal pengantin.
 
Kalian juga dapat membuat permohonan perkahwinan secara online serta kad kahwin secara online.
 
Sila jenguk laman ini di link berikut >> eMunakahat
 


SYOKNYA NIKAH ~ Jawapan Untuk Mereka yang Meletakkan Hantaran Tinggi (LUCU)


Sunday, January 26, 2014

SYOKNYA NIKAH ~ Sekitar resepsi Fizo & Mawar di Butik Fareeda Pulau Pinang







 
 
Majlis ini telah berlangsung pada 22 Disember 2013 yang lalu iaitu pada hari Ahad. Tahniah buat pasangan ini!!

SYOKNYA NIKAH~Akad Nikah d Pulau Pinang: Yang Mana Betoi?

 
Assalam dan salam bicara semua...
 
 
Akad merupakan salah satu rukun nikah seperti yang kita maklum. Akad yang sering kita dengar, sehingga menjadi tajuk buku mahupun drama/filem ialah...
 
"Aku terima nikahnya......" @ penuhnya
"Aku terima nikahnya fulan binti fulan dengan maskahwin sekian sekian tunai/hutang"
 
Lafaz tersebut boleh dikatakan begitu sinonim dengan lidah kita sehingga mudah dan lancer kita untuk menuturkannya
 
Namun tahukah kita lafaz tersebut adalah salah tatkala kita melafazkan akad di negeri Pulau Pinang. Pengalaman admin sendiri sebagai mereka yang ingin mendirikan masjid di Pulau Pinang, persediaan awal seperti mana-mana bakal pengantin lelaki ialah persediaan untuk akad. Berkali-kali test akad sendiri agar tidak tersilap dan gugup di depan kadi nanti. Tambahan admin sendiri mengambil kursus pra-perkahwinan di negeri Selangor ketika berusia 18 tahun, manakala hanya mendirikan rumah tangga ketika usia berganjak 28 tahun. Fuhh..lama tu nak ingat apa yang dipelajari. Mesti la ada yang telah diupdate yang admin ketinggalan.

Jadi seperti biasa lafaz yang admin pelajari "aku terima nikahnya....."

Tup-tup ketika akad, tok kadi tu suruh test dulu, dengan lancarnya sebut. Ingatkan lulus, rupanya jawapan tok kadi "SALAH!!" Adoyai..cait :P


Menurut tok kadi tersebut lafaz yang betul diamalkan di negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

"Aku terima NIKAH fulan binti fulan dengan mas kahwinNYA sekian sekian tunai"

Oooohhh...begitu. Tidak bolah ada tambahan 'NYA' dihujung 'NIKAH'. 'NYA' hanya disebut selepas 'MAS KAHWIN'. Itu lafaz yang betoi di Pulau Pinang

Tapi dalam gelabah tu, orang ramai pulak boleh jadi berlaku juga kesilapan kerna mulut dah terbiasa. Jadi buat mereka yang ingin menjalankan majlis akad nikah, praktis kembali yea dengan sebutan yang benar...hehehe

KAWIN d'PENANG ~ SALAM BICARA

ASSALAMUALAIKUM WBT....

LUMRAH kehidupan yang berupa putaran sebuah roda. Bermula dari mula dilahrikan semuanya akan melalui proses yang sama sebelum kita kembali kepadaNya.
Alam Perkahwinan atau berumahtangga antara salah satu dimensi kehidupan yang akan ditempuhi kita semua. Mungkin tidak semua namun majoritinya ianya merupakan satu kemestian bagi setiap manusia.

Blog ini Admin akan cuba berkongsi bersama kalian berkenaan segala yang termampu berkaitan PERKAHWINAN terutama di negeri PULAU PINANG. Harapnya blog ini akan menjadi medan rujukan yang sesuai untuk mereka yang mencari erti PERKAHWINAN :)